Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

13 October 2010

1,046 bawah umur 25 tahun muflis sejak 2005


Sebanyak 1,046 kes muflis melibatkan kalangan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi tahun 2005 hingga Julai tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.

Terdapat juga kalangan mereka muflis kerana menjadi penjamin korporat dan sosial, serta gagal menjelaskan pinjaman kad kredit serta biasiswa atau pinjaman pelajaran, katanya.

Liew menjawab soalan Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) berhubung jumlah remaja yang muflis sejak lima tahun lalu dan punca utamanya, pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat.

Menurutnya bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Insolvensi sedang mengkaji semula undang-undang muflis supaya prosedur pengisytiharan kebankrapan diperketat dan diperkemas bagi menjayakan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan seperti mengadakan 61 program "Outreach and Awareness" di seluruh negara untuk memberi maklumat mengenai kesan buruk jika seseorang diisytiharkan muflis serta cara untuk keluar daripada belenggu itu.

"Hasilnya, terdapat penurunan 44.6 peratus kepada 139 kes kebankrapan melibatkan remaja di bawah 25 tahun pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 251 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu," katanya.

Liew memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kes muflis bagi tempoh lima tahun lalu adalah sebanyak 83,389 kes.

Penulis : Pengurusan kewangan adalah perkara pertama yang perlu dipelajari sebelum memulakan kehidupan berdikari. Ramai remaja lepasan kolej dan universiti beranggapan pengurusan kewangan tidak penting kerana tiada komitmen. Akhirnya terjebak dengan pelbagai jenis skim cepat kaya, material, gaya fesyen dan cara hidup moden tanpa berlandaskan agama.

Jika anda memerlukan pertolongan dan bantuan bagaimana kami boleh bantu uruskan semula kewangan anda... SMS ke 019-3162407 sekarang.

19 January 2010

Rais: Rakyat Sedar Adanya Undang-undang Mengenai Internet


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Rakyat negara ini menyedari kewujudan undang-undang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia tetapi ada yang sengaja enggan menghormatinya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

"Mereka menyedarinya. Tetapi masalahnya mereka sengaja tidak menghormati undang-undang. Mereka fikir mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini Isnin.

Beliau berkata pengguna internet perlu berhati-hati antaranya berkaitan dengan tindakan yang boleh dianggap memecahbelahkan masyarakat, mengancam keselamatan negara dan pornografi khususnya melibatkan kanak-kanak.

Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, telah didakwa di mahkamah Jumaat lepas berikutan kenyataannya dalam laman sosial Facebook. Hari ini beliau mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Rais juga berkata terdapat lebih 280 peruntukan di bawah Kanun Keseksaan dan rakyat tidak boleh menganggap mengetahui kesemuanya.

"Asalkan elemen-elemen penjenayah diketahui, sudah mencukupi bagi kita mengelakkan diri daripada terlibat," katanya.

Mengenai portal Raja Petra yang didakwa beroperasi di luar negara, katanya kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Tetapi sekiranya apa yang digunakan oleh seseorang itu sesungguhnya memprejudis atau mengenepikan undang-undang negara, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) berkuasa di bawah aktanya untuk bertindak bagi wakil-wakil mereka yang berada di dalam negara kita atau menerusi lunas yang boleh ditemui di Malaysia sendiri.

"Tapi kalau orang itu di England, tentulah kita tidak dapat mengambil tindakan," katanya.