Showing posts with label bisnes internet. Show all posts
Showing posts with label bisnes internet. Show all posts

22 January 2010

Pacu potensi e-dagang PKS


USAHAWAN kecil dan sederhana termasuk mereka yang menjalankan perniagaan mikro di luar bandar kini berpeluang melangkah lebih jauh dan meneroka pasaran antarabangsa dengan lebih mudah menerusi e-dagang.

“Ia kerana ketika ini, 92 peratus daripada PKS mempunyai kemudahan akses Internet dengan 53 peratus daripadanya mempunyai laman web mereka sendiri.

“Namun, daripada jumlah itu hanya tiga peratus menjalankan dagangan penuh dalam talian.

“Justeru, kami melihat ia berpotensi untuk dikembangkan,” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman antara SME Corp, eBay dan PayPal di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam.

Hafsah mewakili SME Corp manakala eBay oleh Ketua Pegawai Operasi eBay China Besar, Asia Tenggara dan Jepun, Oliver Hua dan PayPal oleh Pengurus Besar Asia Tenggara dan India Paypal, Mario Shiliashki.

19 January 2010

Rais: Rakyat Sedar Adanya Undang-undang Mengenai Internet


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Rakyat negara ini menyedari kewujudan undang-undang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia tetapi ada yang sengaja enggan menghormatinya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

"Mereka menyedarinya. Tetapi masalahnya mereka sengaja tidak menghormati undang-undang. Mereka fikir mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini Isnin.

Beliau berkata pengguna internet perlu berhati-hati antaranya berkaitan dengan tindakan yang boleh dianggap memecahbelahkan masyarakat, mengancam keselamatan negara dan pornografi khususnya melibatkan kanak-kanak.

Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, telah didakwa di mahkamah Jumaat lepas berikutan kenyataannya dalam laman sosial Facebook. Hari ini beliau mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Rais juga berkata terdapat lebih 280 peruntukan di bawah Kanun Keseksaan dan rakyat tidak boleh menganggap mengetahui kesemuanya.

"Asalkan elemen-elemen penjenayah diketahui, sudah mencukupi bagi kita mengelakkan diri daripada terlibat," katanya.

Mengenai portal Raja Petra yang didakwa beroperasi di luar negara, katanya kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Tetapi sekiranya apa yang digunakan oleh seseorang itu sesungguhnya memprejudis atau mengenepikan undang-undang negara, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) berkuasa di bawah aktanya untuk bertindak bagi wakil-wakil mereka yang berada di dalam negara kita atau menerusi lunas yang boleh ditemui di Malaysia sendiri.

"Tapi kalau orang itu di England, tentulah kita tidak dapat mengambil tindakan," katanya.

25 February 2009

Upload Gambar Dapat Duit



Saya baru saja mendaftar dengan ziddu.com

Web ini adalah penyedia platform untuk kita menyimpan koleksi gambar yang kita ada untuk rujukan masa depan.

Website ini memang ringkas tetapi yang menariknya jika ada teman-teman yang ingin memuat turun gambar kita, ziddu.com akan membayar setiap gambar yang dimuat turun.

Pendaftaran adalah PERCUMA.

Saya akan update nanti pendapatan yang saya terima dalam tempoh 3 bulan.

Apalagi.... mari kita cuba.

Contoh weblink gambar saya : http://www.ziddu.com/download/3628456/penang02.jpg.html
_

24 February 2009

Jangan Takut Melabur


Salam,

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak blog atau website yang mengiklankan pelbagai bentuk tawaran untuk mendapatkan sumber pendapatan melalui 'Internet Marketing'.

'Internet Business' yang dimaksudkan berupa penjualan samada 'ebook' atau 'evideo' tutorial tentang cara-cara mendapatkan wang lumayan melalui penjualan atau pengiklanan.

Harganya juga berbeza-beza bergantung kepada isi kandungan dan permintaan. Para "Internet Marketer" di Malaysia berlumba-lumba menulis artikel berkenaan jualan 'ebook' tulisan mereka samada alih-bahasa atau tulisan mereka sendiri melalui pengalaman.

Kepada mereka-mereka yang masih baru dalam dunia internet dan terpengaruh dengan cerita menarik dan ganjaran duit yang diceritakan semestinya pening kepala untuk memilih mana satu yang benar-benar boleh buat duit.

Berbeza pula dengan yang memang ada duit banyak. Mereka beli saja semua 'ebook' yang ada dipasaran. Cuba sebaik mungkin dengan impian boleh jadi jutawan satu hari nanti.

Bagi yang benar-benar mahukan setiap pelaburan mereka bermakna, satu atau dua 'ebook' sudah cukup untuk membantu untuk memulakan perniagaan secara maya.

Oleh itu, melaburlah dengan bijak dan... berwaspada selalu.

-

18 February 2009

Bisnes Internet Lebih Menguntungkan


Salam,

Dalam entri kedua dalam blog ini, saya cuba merungkaikan pengetahuan saya yang sedikit ini berkenaan bisnes internet (IB) yang saya tahu dan sertai.

IB jika kita terbaca atau terserempak dengan iklan yang kita terima samada melalui emel atau SMS atau akhbar memang sangat mengujakan bila membayangkan unjuran pendapatan yang bakal diperolehi kemudian.

Setelah mendaftar menjadi ahli, tunggu punya tunggu, habuk pun tak ada.

Menyertai 'affiliate program' memang memang mudah tetapi boleh ke dapat duit seperti yang diiklankan ? Kepada yang dah mengalaminya, tepuk dada tanya selera. Mungkin juga ramai yang akan kata :

"tak berbaloi langsung"

"Dah 3 bulan letak kat blog, seringgit pun belum dapat"

"Ada ke orang tengok blog aku ni dan klik kat iklan tu?"

Itu senario biasa bagi kita yang masih baru dalam bidang ini terutamanya bagi yang buat secara separuh masa. Sebenarnya, banyak tips-tips yang perlu dipelajari sebelum kita boleh mahir dalam bidang ini. Elok juga anda semua join forum-forum yang membincangkan IB secara mendalam seperti "carigold" "jombincang" "wangcyber" dan "bicara jutawan". Baca semua posting dan teliti cara mereka yang telah berjaya.
Apabila kita ceburi bidang 'affiliate' atau mengiklankan produk orang lain dan kita mendapat komisen dari jualan atau apa jua caranya, nampak mudah dan hanya perlu tunggu.

Saya bukan kata saya boleh kaya dengan cara IB ini, tetapi untuk bayar duit bil utiliti tiap-tiap bulan dah mencukupi untuk part-timer macam saya. Antara IB yang saya sertai ialah jual ebook, nuffnang, mudah.my dan banyak lagi. Tak perlu menjual, cari downline dan mantain belian.

Jika kena caranya, memang boleh dapat side-income percuma. Yang penting, belajar dan terus belajar.

Semoga berjaya.
-

17 February 2009

Bisnes Internet Vs MLM


Selamat datang ke blog Bisnes Internet vs MLM,


Blog ini khas membicarakan isu-isu semasa dan perkembangan dunia perniagaan samada 'online internet Business' (IB) atau 'Multi Level Marketing' (MLM) masakini.


Blog ini dibuat khas untuk rujukan sendiri serta kawan-kawan 'downline' yang memerlukan maklumat tambahan jika ada.


Blog ini juga BUKAN bertujuan menyaingi website/blog rasmi syarikat-syarikat IB atau MLM sediaada tetapi sebagai platform tambahan untuk kepelbagaian informasi dalam satu blog entri yang disatukan.


Kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog ini atau terserempak atau singgah diucapkan terima kasih dan semoga ilmu yang ada dapat dimanfaatkan bersama.


Segala komen, pandangan serta cadangan sentiasa saya alu-alukan untuk kebaikan bersama.
Wassalam,