24 December 2010

Malam Amal Setulus Kasih Bersama Maher Zain



Rumah Titian Kaseh (RTK) adalah sebuah rumah perlindungan dan pusat jagaan anak-anak yatim dan piatu, ibu-ibu tunggal, orang-orang kelainan upaya (OKU) termasuk juga warga emas.

Anak-anak yatim di RTK ini terdiri daripada anak-anak hasil perpecahan rumah tangga, sumbang mahram, dan ada yang disebabkan dari kerakusan nafsu serakah ahli keluarga sendiri. Ibu tunggal yang tinggal di sini pula biasanya akan dilatih berniaga untuk menjana pendapatan untuk Rumah Titian Kaseh ini. OKU di sini pula kebanyakannya mempunyai masalah mental, seperti skizofrenia.

Rumah Titian Kasih ini diasaskan oleh seorang ibu tunggal sejak 13 tahun lalu iaitu Hajjah Sharifah binti Adlan, yang mesra dipanggil Mak Pah. Kami di iLuvislam.Com mengagumi ketabahan dan kegigihkan Mak Pah mencurah kasih sayang untuk RTK.

Bukan senang menjaga dan membuka sebuah rumah perlindungan, itulah yang dilalui oleh Mak Pah. Terbaru, RTK berhadapan dengan masalah tempat tinggal berikutan rumah yang disewa sebelum ini bakal dikembalikan kepada tuan punya.

Menyedari masalah ini, dan atas kesedaran membantu mereka yang susah, maka Muslim Aid Malaysia, Innovative Management Consultancy, Alumni ESQ dan Pusat Perlindungan PERNIM menganjurkan Malam Amal Setulus Kaseh Bersama Maher Zain, yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyediakan sebuah tempat perlindungan yang selesa bagi penghuni-penghuni RTK.

Malam Amal Setulus Kaseh yang akan diadakan pada 26, 27 dan 28 Disember bertempat di Summit Hotel, Subang USJ bermula 8.00 malam sehingga 11.00 malam ini akan menampilkan penampilan istimewa penyanyi Maher Zain, dan turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid tempatan, antaranya Rabbani, Diwani, Devotees, Damascus, dan Marjan.

Lebih dari itu, majlis akan turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh anak-anak dari Rumah Titian Kaseh sendiri.

Kepada badan-badan yang berminat untuk beramal, ini adalah peluang terbaik, dan kami di iLuvislam.Com difahamkan hanya tinggal beberapa meja sahaja lagi. Berikut ialah harga jualan meja dan kerusi untuk majlis ini. Sekiranya berminat, diminta menghubungi pihak yang berkenaan di nombor yang tertera di bawah.

Meja Cinta = (10 Meja x RM10,000.00)/ RM1000.00 seorang
Meja Kasih = (30 Meja x RM 5000.00) / RM500.00 seorang
Meja Sayang = (40 Meja x RM 3000.00) / RM300.00 seorang
Meja Rindu = (20 Meja x RM 2000.00) / RM200.00 seorang

1. Muhammad Kamarulazizi (Muslim Aid Malaysia) - 012 3377195
2. Nazirah Idris (IMC) - 013 3898534
3. Sukma (Alumni ESQ) - 016 3011540

Kami di iLuvislam.Com berharap, impian Mak Pah kepada penghuni-penghuni Rumah Titian Kaseh akan tercapai, dan mudah-mudahan akan lahir ramai lagi insan-insan mulia persis Mak Pah di bumi Malaysia. Sama-sama kita mendoakan, insyaAllah.

13 October 2010

1,046 bawah umur 25 tahun muflis sejak 2005


Sebanyak 1,046 kes muflis melibatkan kalangan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi tahun 2005 hingga Julai tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.

Terdapat juga kalangan mereka muflis kerana menjadi penjamin korporat dan sosial, serta gagal menjelaskan pinjaman kad kredit serta biasiswa atau pinjaman pelajaran, katanya.

Liew menjawab soalan Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) berhubung jumlah remaja yang muflis sejak lima tahun lalu dan punca utamanya, pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat.

Menurutnya bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Insolvensi sedang mengkaji semula undang-undang muflis supaya prosedur pengisytiharan kebankrapan diperketat dan diperkemas bagi menjayakan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan seperti mengadakan 61 program "Outreach and Awareness" di seluruh negara untuk memberi maklumat mengenai kesan buruk jika seseorang diisytiharkan muflis serta cara untuk keluar daripada belenggu itu.

"Hasilnya, terdapat penurunan 44.6 peratus kepada 139 kes kebankrapan melibatkan remaja di bawah 25 tahun pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 251 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu," katanya.

Liew memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kes muflis bagi tempoh lima tahun lalu adalah sebanyak 83,389 kes.

Penulis : Pengurusan kewangan adalah perkara pertama yang perlu dipelajari sebelum memulakan kehidupan berdikari. Ramai remaja lepasan kolej dan universiti beranggapan pengurusan kewangan tidak penting kerana tiada komitmen. Akhirnya terjebak dengan pelbagai jenis skim cepat kaya, material, gaya fesyen dan cara hidup moden tanpa berlandaskan agama.

Jika anda memerlukan pertolongan dan bantuan bagaimana kami boleh bantu uruskan semula kewangan anda... SMS ke 019-3162407 sekarang.

14 September 2010

Produk Halal : HPA Menjadi Peneraju

Salam Eidufitri,

Sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini akibat dari kesibukan dan kekurangan bahan.
Saya terpanggil kali ini untuk menulis perihal produk kegunaan harian samada makanan, keperluan harian dan apa saja yang kita gunakan untuk diri kita. Tanpa disedari, kita telah hanyut sebenarnya.

Konsep Halallan Toyyiban sebenarnya mencakupi skop yang amat luas bukan hanya tertumpu kepada 'finished product' @ 'end product' sahaja. Ia perlu dilihat secara lebih mikro dan mendalam lagi. Konsep Halal hendaklah bermula dari bahan mentah, pemprosesan dan produk siap itu sendiri.

Sebab itu saya memilih HPA Industries yang sekarang ini telah mempunya lebih dari 400 produk di pasaran yang dijamin HALAL.

Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mengguna produk HALAL dalam kehidupan kita.

Cuba kita lihat pelan pemasaran HPA.

PLAN PEMASARAN HPA

Adil & Sukses

HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

Kekuatan Plan Pemasaran HPA
1. Berteraskan prinsip ihsan
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan

Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.


Saya cadangkan anda menjadi ahli HPA untuk mendapatkan harga produk yang lebih murah disamping boleh mendapat bonus bulanan juga.

"SEKIRANYA MEREKA TAHU KHASIAT HERBA KITA, NESCAYA MEREKA AKAN TUKARKAN DENGAN KETULAN EMAS" - Tn Hj Ismail Hj Ahmad, PU HPA Group.

22 January 2010

Pacu potensi e-dagang PKS


USAHAWAN kecil dan sederhana termasuk mereka yang menjalankan perniagaan mikro di luar bandar kini berpeluang melangkah lebih jauh dan meneroka pasaran antarabangsa dengan lebih mudah menerusi e-dagang.

“Ia kerana ketika ini, 92 peratus daripada PKS mempunyai kemudahan akses Internet dengan 53 peratus daripadanya mempunyai laman web mereka sendiri.

“Namun, daripada jumlah itu hanya tiga peratus menjalankan dagangan penuh dalam talian.

“Justeru, kami melihat ia berpotensi untuk dikembangkan,” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman antara SME Corp, eBay dan PayPal di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam.

Hafsah mewakili SME Corp manakala eBay oleh Ketua Pegawai Operasi eBay China Besar, Asia Tenggara dan Jepun, Oliver Hua dan PayPal oleh Pengurus Besar Asia Tenggara dan India Paypal, Mario Shiliashki.

20 January 2010

Memantau Bil Celcom Anda

Tentunya ramai di kalangan kita adalah pengguna Celcom. Memang penulis pun ada akaun Celcom yang memang dah 'subscribe' sejak tahun 2000 lagi.

Walaupun sekarang ni guna DiGi, namun talian Celcom masih aktif sebab ramai kawan-kawan masih menghubungi penulis melalui Celcom. Tak tahu kenapa.....

Ramai juga yang menghantar emel kepada penulis bertanyakan bagaiman mahu mendaftar dengan Celcom untuk memantau bil dan sebagainya.

OK. Kali ini penulis akan tunjukkan serba sedikit bagaimana kita boleh akses website Celcom untuk melihat bil kita.


1. Masuk ke laman web Celcom : www.celcom.com.my dan anda cari ikon seperti di bawah.

Jika anda belum mendaftar, sila berbuat demikian. Klik gambar diatas untuk mendaftar.
Anda akan dimaklumkan melalui emel untuk langkah seterusnya nanti.

2. Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh klik ikon di atas dan anda akan dibawa ke Celcom OCS


3. Klik pada butang 'login'. Anda akan dibawa ke mukasurat berikutnya dan masukkan nombor telefon anda. cth : 019xxxxxxx dan kata laluan.


4. Eksplorasi anda akan tertumpu kepada mukasurat yang mengandungi pelbagai fungsi. And pilih dan semua data ada di sana.



Selamat mencuba.

p/s : penulis akan buat posting berkenaan DiGi pula selepas ini... tunguu...

19 January 2010

Rais: Rakyat Sedar Adanya Undang-undang Mengenai Internet


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Rakyat negara ini menyedari kewujudan undang-undang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia tetapi ada yang sengaja enggan menghormatinya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

"Mereka menyedarinya. Tetapi masalahnya mereka sengaja tidak menghormati undang-undang. Mereka fikir mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini Isnin.

Beliau berkata pengguna internet perlu berhati-hati antaranya berkaitan dengan tindakan yang boleh dianggap memecahbelahkan masyarakat, mengancam keselamatan negara dan pornografi khususnya melibatkan kanak-kanak.

Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, telah didakwa di mahkamah Jumaat lepas berikutan kenyataannya dalam laman sosial Facebook. Hari ini beliau mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Rais juga berkata terdapat lebih 280 peruntukan di bawah Kanun Keseksaan dan rakyat tidak boleh menganggap mengetahui kesemuanya.

"Asalkan elemen-elemen penjenayah diketahui, sudah mencukupi bagi kita mengelakkan diri daripada terlibat," katanya.

Mengenai portal Raja Petra yang didakwa beroperasi di luar negara, katanya kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Tetapi sekiranya apa yang digunakan oleh seseorang itu sesungguhnya memprejudis atau mengenepikan undang-undang negara, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) berkuasa di bawah aktanya untuk bertindak bagi wakil-wakil mereka yang berada di dalam negara kita atau menerusi lunas yang boleh ditemui di Malaysia sendiri.

"Tapi kalau orang itu di England, tentulah kita tidak dapat mengambil tindakan," katanya.