Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

24 December 2010

Malam Amal Setulus Kasih Bersama Maher Zain



Rumah Titian Kaseh (RTK) adalah sebuah rumah perlindungan dan pusat jagaan anak-anak yatim dan piatu, ibu-ibu tunggal, orang-orang kelainan upaya (OKU) termasuk juga warga emas.

Anak-anak yatim di RTK ini terdiri daripada anak-anak hasil perpecahan rumah tangga, sumbang mahram, dan ada yang disebabkan dari kerakusan nafsu serakah ahli keluarga sendiri. Ibu tunggal yang tinggal di sini pula biasanya akan dilatih berniaga untuk menjana pendapatan untuk Rumah Titian Kaseh ini. OKU di sini pula kebanyakannya mempunyai masalah mental, seperti skizofrenia.

Rumah Titian Kasih ini diasaskan oleh seorang ibu tunggal sejak 13 tahun lalu iaitu Hajjah Sharifah binti Adlan, yang mesra dipanggil Mak Pah. Kami di iLuvislam.Com mengagumi ketabahan dan kegigihkan Mak Pah mencurah kasih sayang untuk RTK.

Bukan senang menjaga dan membuka sebuah rumah perlindungan, itulah yang dilalui oleh Mak Pah. Terbaru, RTK berhadapan dengan masalah tempat tinggal berikutan rumah yang disewa sebelum ini bakal dikembalikan kepada tuan punya.

Menyedari masalah ini, dan atas kesedaran membantu mereka yang susah, maka Muslim Aid Malaysia, Innovative Management Consultancy, Alumni ESQ dan Pusat Perlindungan PERNIM menganjurkan Malam Amal Setulus Kaseh Bersama Maher Zain, yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyediakan sebuah tempat perlindungan yang selesa bagi penghuni-penghuni RTK.

Malam Amal Setulus Kaseh yang akan diadakan pada 26, 27 dan 28 Disember bertempat di Summit Hotel, Subang USJ bermula 8.00 malam sehingga 11.00 malam ini akan menampilkan penampilan istimewa penyanyi Maher Zain, dan turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid tempatan, antaranya Rabbani, Diwani, Devotees, Damascus, dan Marjan.

Lebih dari itu, majlis akan turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh anak-anak dari Rumah Titian Kaseh sendiri.

Kepada badan-badan yang berminat untuk beramal, ini adalah peluang terbaik, dan kami di iLuvislam.Com difahamkan hanya tinggal beberapa meja sahaja lagi. Berikut ialah harga jualan meja dan kerusi untuk majlis ini. Sekiranya berminat, diminta menghubungi pihak yang berkenaan di nombor yang tertera di bawah.

Meja Cinta = (10 Meja x RM10,000.00)/ RM1000.00 seorang
Meja Kasih = (30 Meja x RM 5000.00) / RM500.00 seorang
Meja Sayang = (40 Meja x RM 3000.00) / RM300.00 seorang
Meja Rindu = (20 Meja x RM 2000.00) / RM200.00 seorang

1. Muhammad Kamarulazizi (Muslim Aid Malaysia) - 012 3377195
2. Nazirah Idris (IMC) - 013 3898534
3. Sukma (Alumni ESQ) - 016 3011540

Kami di iLuvislam.Com berharap, impian Mak Pah kepada penghuni-penghuni Rumah Titian Kaseh akan tercapai, dan mudah-mudahan akan lahir ramai lagi insan-insan mulia persis Mak Pah di bumi Malaysia. Sama-sama kita mendoakan, insyaAllah.

22 January 2010

Pacu potensi e-dagang PKS


USAHAWAN kecil dan sederhana termasuk mereka yang menjalankan perniagaan mikro di luar bandar kini berpeluang melangkah lebih jauh dan meneroka pasaran antarabangsa dengan lebih mudah menerusi e-dagang.

“Ia kerana ketika ini, 92 peratus daripada PKS mempunyai kemudahan akses Internet dengan 53 peratus daripadanya mempunyai laman web mereka sendiri.

“Namun, daripada jumlah itu hanya tiga peratus menjalankan dagangan penuh dalam talian.

“Justeru, kami melihat ia berpotensi untuk dikembangkan,” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman antara SME Corp, eBay dan PayPal di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam.

Hafsah mewakili SME Corp manakala eBay oleh Ketua Pegawai Operasi eBay China Besar, Asia Tenggara dan Jepun, Oliver Hua dan PayPal oleh Pengurus Besar Asia Tenggara dan India Paypal, Mario Shiliashki.

20 January 2010

Memantau Bil Celcom Anda

Tentunya ramai di kalangan kita adalah pengguna Celcom. Memang penulis pun ada akaun Celcom yang memang dah 'subscribe' sejak tahun 2000 lagi.

Walaupun sekarang ni guna DiGi, namun talian Celcom masih aktif sebab ramai kawan-kawan masih menghubungi penulis melalui Celcom. Tak tahu kenapa.....

Ramai juga yang menghantar emel kepada penulis bertanyakan bagaiman mahu mendaftar dengan Celcom untuk memantau bil dan sebagainya.

OK. Kali ini penulis akan tunjukkan serba sedikit bagaimana kita boleh akses website Celcom untuk melihat bil kita.


1. Masuk ke laman web Celcom : www.celcom.com.my dan anda cari ikon seperti di bawah.

Jika anda belum mendaftar, sila berbuat demikian. Klik gambar diatas untuk mendaftar.
Anda akan dimaklumkan melalui emel untuk langkah seterusnya nanti.

2. Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh klik ikon di atas dan anda akan dibawa ke Celcom OCS


3. Klik pada butang 'login'. Anda akan dibawa ke mukasurat berikutnya dan masukkan nombor telefon anda. cth : 019xxxxxxx dan kata laluan.


4. Eksplorasi anda akan tertumpu kepada mukasurat yang mengandungi pelbagai fungsi. And pilih dan semua data ada di sana.



Selamat mencuba.

p/s : penulis akan buat posting berkenaan DiGi pula selepas ini... tunguu...

26 February 2009

Beli Buku Secara Online




Klik banner di atas jika anda mahu membeli buku secara online.

Website ini menawarkan program affiliate kepada yang berminat menjadi ejen pemasaran secara online. Pendaftaran adalah percuma. Syarikat ini akan membayar 5% dari harga buku yang terjual.
Terdapat lebih 880 judul buku disediakan untuk para peminat buku. Sistem penghantaran yang efisien dan telus telah menaikkan lagi imej syarikat ini.

Syabas kepada pemilik website kedaibuku.com kerana berjaya membina website menarik dan sangat berguna kepada masyarakat. Ianya juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan melalui pemasaran online.

.