22 January 2010

Pacu potensi e-dagang PKS


USAHAWAN kecil dan sederhana termasuk mereka yang menjalankan perniagaan mikro di luar bandar kini berpeluang melangkah lebih jauh dan meneroka pasaran antarabangsa dengan lebih mudah menerusi e-dagang.

“Ia kerana ketika ini, 92 peratus daripada PKS mempunyai kemudahan akses Internet dengan 53 peratus daripadanya mempunyai laman web mereka sendiri.

“Namun, daripada jumlah itu hanya tiga peratus menjalankan dagangan penuh dalam talian.

“Justeru, kami melihat ia berpotensi untuk dikembangkan,” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman antara SME Corp, eBay dan PayPal di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam.

Hafsah mewakili SME Corp manakala eBay oleh Ketua Pegawai Operasi eBay China Besar, Asia Tenggara dan Jepun, Oliver Hua dan PayPal oleh Pengurus Besar Asia Tenggara dan India Paypal, Mario Shiliashki.

20 January 2010

Memantau Bil Celcom Anda

Tentunya ramai di kalangan kita adalah pengguna Celcom. Memang penulis pun ada akaun Celcom yang memang dah 'subscribe' sejak tahun 2000 lagi.

Walaupun sekarang ni guna DiGi, namun talian Celcom masih aktif sebab ramai kawan-kawan masih menghubungi penulis melalui Celcom. Tak tahu kenapa.....

Ramai juga yang menghantar emel kepada penulis bertanyakan bagaiman mahu mendaftar dengan Celcom untuk memantau bil dan sebagainya.

OK. Kali ini penulis akan tunjukkan serba sedikit bagaimana kita boleh akses website Celcom untuk melihat bil kita.


1. Masuk ke laman web Celcom : www.celcom.com.my dan anda cari ikon seperti di bawah.

Jika anda belum mendaftar, sila berbuat demikian. Klik gambar diatas untuk mendaftar.
Anda akan dimaklumkan melalui emel untuk langkah seterusnya nanti.

2. Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh klik ikon di atas dan anda akan dibawa ke Celcom OCS


3. Klik pada butang 'login'. Anda akan dibawa ke mukasurat berikutnya dan masukkan nombor telefon anda. cth : 019xxxxxxx dan kata laluan.


4. Eksplorasi anda akan tertumpu kepada mukasurat yang mengandungi pelbagai fungsi. And pilih dan semua data ada di sana.



Selamat mencuba.

p/s : penulis akan buat posting berkenaan DiGi pula selepas ini... tunguu...

19 January 2010

Rais: Rakyat Sedar Adanya Undang-undang Mengenai Internet


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Rakyat negara ini menyedari kewujudan undang-undang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia tetapi ada yang sengaja enggan menghormatinya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

"Mereka menyedarinya. Tetapi masalahnya mereka sengaja tidak menghormati undang-undang. Mereka fikir mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini Isnin.

Beliau berkata pengguna internet perlu berhati-hati antaranya berkaitan dengan tindakan yang boleh dianggap memecahbelahkan masyarakat, mengancam keselamatan negara dan pornografi khususnya melibatkan kanak-kanak.

Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, telah didakwa di mahkamah Jumaat lepas berikutan kenyataannya dalam laman sosial Facebook. Hari ini beliau mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Rais juga berkata terdapat lebih 280 peruntukan di bawah Kanun Keseksaan dan rakyat tidak boleh menganggap mengetahui kesemuanya.

"Asalkan elemen-elemen penjenayah diketahui, sudah mencukupi bagi kita mengelakkan diri daripada terlibat," katanya.

Mengenai portal Raja Petra yang didakwa beroperasi di luar negara, katanya kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Tetapi sekiranya apa yang digunakan oleh seseorang itu sesungguhnya memprejudis atau mengenepikan undang-undang negara, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) berkuasa di bawah aktanya untuk bertindak bagi wakil-wakil mereka yang berada di dalam negara kita atau menerusi lunas yang boleh ditemui di Malaysia sendiri.

"Tapi kalau orang itu di England, tentulah kita tidak dapat mengambil tindakan," katanya.

17 November 2009

Imuone Diamond Club


Salam semua,

Tentu ramai penggemar internet masih mencari peluang menambah pendapatan melalui networking.

Nahh... ada satu skim baik untuk tujuan tersebut. Anda boleh lihat di www.idcloyalty.com untuk meninjau apakah yang dimaksudkan. Saya dah join skim ini dan saya rasa ianya amat bagus dan terjamin.

Terdapat 3 pakej iaitu; Gold Plus(RM2,520.00), Platinum Plus (RM5,400.00) & Diamond (RM10,800.00).

Saya berikan beberapa kelebihan sistem ini:

1. Pulangan Ganjaran Kesetiaan : Pulangan selama 13-18bulan
2. Ganjaran saham syarikat : 1 lot - 4 lot (RM0.46sen/seunit)
3. Produk berlian, telefon Samsung atau laptop Samsung
4. Kad loyalty kgen : kumpul point di mana-mana premis dan boleh tebus barang

Melalui skim ini, ahli akan dikenakan yuran keahlian sebanyak RM54 sahaja.

Berita yang paling menarik ialah, ahli boleh mendapatkan semula pelaburan dalam masa paling cepat iaitu 7 hari jika betul caranya.

Skim ini sangat baik untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun kerana terdapat kemudahan pinjaman mudah dan kelulusan dalam masa 24jam sahaja.

Syarikat ini sangat dipercayai kerana bertaraf Berhad dan mempunyai rangkaian di Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura. Menagapa ianya boleh dipercayai??

Singapura merupakan sebuah negara yang melarang keras skim cepat kaya, MLM dan hypercash. Oleh itu, tiada satupun syarikat tersebut boleh menembusi Singapura sehingga saat ini.

You can translate these article using this link : http://translate.google.com/#ms|en|

02 March 2009

Suara Anda Diperlukan


Sememangnya banyak iklan 'survey' menjanjikan ganjaran lumayan jika kita sertainya. Ada website terbaru dipasaran yang mengemukakan idea sama tetapi ini khas direka untuk rakyat Malaysia.

Melihat kepada muka depan website ini, memang ianya mensasarkan remaja menyertai program mereka. Namun, jika anda bukan lagi remaja, anda masih diterima untuk menjadi ahli.

Banyak kelebihan dan ruang bicara yang luas untuk seseorang menyatakan isihati dan cadangan. Ganjaran kecil juga diberikan kepada yang mahu mengambil bahagian.



Tak rugi rasanya jika kita menyumbangkan pandangan dan menyertai tinjauan kemudiannya mendapat ganjaran. Jika anda bergiat aktif dan berupaya menjemput lebih ramai rakan-rakan menyertai website ini, pasti berbaloi.

-